Archive for February, 2008

ini kerja gila…

Thursday, February 21st, 2008

situasi I:

miting Lembaga di Suruhanjaya ***

22 Februari 2008

bilik mesyuarat Suruhanjaya *** , Port Weld, Penang

10.00 pagi

arahan oleh Bigboss: PSU(K) 2 sila hadirkan diri

situasi II

miting VO Lembaga Pelabuhan **

bilik miting aras 5 MOT

9.00 pagi

arahan oleh Bosskecik: PSU(K)2 sila hadirkan diri..

now u tell me what the hE*K is going on?

:::: buat bodoh jer::::

i’m tagged by LIYAHARIS…

Sunday, February 17th, 2008

hehe aku kena tagged dengan lia..ok la as u wish lia, let’s see apa yang ada dalam handbag akak right now…(mesti ada yg terkejut sebab beg i memang messy..)

1. kad rawatan wafiy

2. kad klinik panel papa

3. purse

4. brooches (utk kegunaan ketika kecemasan)

5. beg kecik warna pink utk isi coins dan memory kad

6. kain lap spek

7. vicks vapourub utk wafiy

8. cincin (malas nak pakai..)

9. pen dan notebook

10. tiket-tiket yg dah lama (tak tau kenapa tak buang lagi)

11. resit byrn taska wafiy

12. kunci bilik opis

p/s: henpon dekat atas meja skrg ni..kunci umah plak dekat dlm kete dan don’t be suprised i don’t bring any makeups sis…..

Selangkah ke hadapan……

Thursday, February 14th, 2008

Sejujurnya tak ada apa pun yang nak dikisahkan dengan perkara yang bakal aku ceritakan ni. Mungkin bagi orang lain tak ada signifikannya pun. Tapi tak mengapalah, lain orang lain ragam. Aku cuba nak menjadi seorang yang selalu mengekpresikan diri supaya tak dikata ‘kayu’ dalam bab2 perasaan ni.

Sebenarnya, kami geng OZFivers (OZF) dah dengan rasminya dinaikkan pangkat setakuk lagi dari 41 menjadi 44 bermula 1st Februari 2008. Mulanya ramai yang anggap cerita ni hanyalah khabar angin memandangkan banyak betul spekulasi yang dibuat. Ada yang kata kami akan naik 44 dalam bulan Januari 2008 dan sejak tu, ramai la geng2 OZF dah tak senang duduk menunggu kata rasmi daripada Y.Bhg.Ayahanda JPA. Dan memang panas isu ni sampaikan laman sesawang OZF penuh dgn komen2 yang bukan2.

Nak dijadikan cerita, rupanya kenaikan pangkat ni memang realiti, cuma geng OZF dapat surat rasmi secara staggered (berperingkat). Dan ada la yang ternanti2 surat depa bila nak sampai. Sampai ada yang bertegang urat gaduh2 pasal surat keramat ni la.

Bagi aku, tak salah kalau nak excited sebab memang kita deserved it. Selama 2tahun lebih kita kerja macam s*** (dengan izin..) sudah tentu kita nakkan perubahan yang lebih baik kan. Nak jugak kita men’taichi’ miting2 dan seminar2 hampeh ke adik2 junior pulak kann. Nak jugak merasa elaun yang agak lumayan tu..Tapi ramai orang tak paham kenapa kita cepat sangat nak naik pangkat. Dan sekali lagi bagi aku let them be..hanya jauhari mengenal manikam (hehehe).

Dan permulaan yang baik sudah tentu akan dapat kesudahan (setakat ini) yang baik. Hari ini, dapatlah jua aku pegang surat naik pangkat tu selama 5 minit lebih kurang sebelum dimasukkan ke dalam bilik bigbossku. My feelings? Biasa2 sahaja memandangkan dah tau pun perkara ni, jadi tak ada la suprisenya. Cuma bersyukur aku dapat yang lebih baik dalam hidup ini. Dan agak sedih sebab terpaksa meninggalkan unit yang banyak mewarnai hidupku ini..dan boskecik yang amat bertimbangrasa. Tengok je muka boskecik aku dah tau dia kecewa (taktau la kalau air mukanya tipu) sebab unit kami akan tempang (cacat ler) sebab short staff sentiasa. Tapi takpe boskecik, i’ll be there for u (chewah) sebab for the next two months aku akan buat dua kerja dalam satu masa. Lebih parah, bulan Julai boskecik akan sambung study buat master selama 2 tahun FULL TIME..maknanya aku dan my partner in crime akan berganding bahu buat kerja sama-sama.

All in all, aku bersyukur dan sedikit sesak nafas sebab 25-29 Februari ni kena pergi kursus kepimpinan (WAJIB) utk naik pangkat kat Ulu Sepri…i’ll take the challenge Ayahanda JPA..if this is u want. whatever.

Akhirnya, naik pangkat bagi aku biasa-biasa saja….

It’s time for ‘angpau’ again….

Tuesday, February 5th, 2008

The season comes again…i lurve Chinese New Year, in fact i’m dreaming if we can celebrate it twice a year (same as Hari Raya Puasa) coz:

1. we will have 2 days-holiday, this time we will get 4 days in a row beb…it’s sooooo lovely

2. this time we will get soo many mandarin oranges..we can see them everywhere, be it at the stores or in the office, hehehe (me referring to my office right now….)

3. u’ll have the chance of getting ‘angpau’..like wafiy..hehehe (thanks boss)

4. this is the best reason above all..we’ll have a BIG SALE ever….which means that i can shop shop shop everywhere…(i’m still thinking of buying ‘that thing’ right now..)

anyway..enjoy ur holiday beb..and have fun..CHiao